Pertandingan Pakaian Seragam Sempena Kemerdekaan

28 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos (Khamis) yang lalu, telah berlangsungnnya Pertandingan Pakaian Seragam Sempena Kemerdekaan bertempat di Tadika Sang Kancil PPR Kg Baru Air Panas. Pertandingan yang dianjurkan ini disempurnakan dengan kerjasama pihak pengurusan Tadika Sang Kancil.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi bulan kebangsaan disamping mendedahkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan peserta. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada murid – murid tadika berumur 4 dan 5 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali